Followers

Tuesday, September 11, 2012

Ujian,Istiqamah

Bismillahirrahmanirrahim.

Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..

Di saat aku menulis entri ini, jam menunjukkan tepat pukul 6. 30 petang bertarikh 11 september 2012.

Ini kehidupanku yang kian hari kian mengajar aku erti kebenaran,kesabaran dan kehidupan yang sebenar-benarnya.
Allah, tidak dapat dinafikan. Setelah aku berhijrah dari alam jahil ke alam Islam yang sebenar-benarnya, aku diuji kuat oleh Allah.
Allah, ujianNya benar-benar berat menghempap diriku,namun aku teringat pada Baginda Rasulullah saw dan sahabat-sahabat.
Ujian yang Allah berikan kepada mereka jauh lebih berat dan pedih, namun mereka berjaya menghadapi setiap ujian Allah dengan penuh kekuatan,kesabaran,dan ketakwaan.
Allahuakbar.

Berkatnya kita mendalami agama Allah, setiap perkara,setiap urusan yg Allah berikan pada kita, pasti ada cara dan jalan penyelesaiannya.
Allah telah menerangkan setiap perkara dan persoalan melalui firmanNya di dalam kitab al-Quran Karim, ini lah bukti Allah itu Maha Mengasihani hamba-hambaNya, malahan
Dia juga mengutuskan para Rasul dari golongan manusia untuk mengajar kita erti kehidupan dan kedamaian di dunia dan di akhirat yang sebenar-benarnya.
"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah engkau dustakan?"(surah ar-Rahman)

Sebaik aku mengenal erti agama yg sebenarnya, 
hari demi hari Allah hantarkan teman-teman yg baik kepadaku.
Allah utuskan mereka yg solehah dan soleh mendampingiku, memberi kata-kata semangat, berkongsi ilmu agama dan pendapat, subhanallah, tidak terluah kesyukuranku pada-Mu YA Allah.

Allah.. Aku percaya bahawa setiap ujian yg penuh onak dan duri ini pasti ada pelangi yang indah berwarna-warni disebaliknya,
Tidak aku lupa juga,Allah mengujiku dengan melahirkan perasaan demi perasaan di dalam hatiku,
Allah...sungguh berbeza perasaan ini berbanding zaman jahilku yg dahulu.
Ketika aku menghadapi masalah, menghadapi kerunsingan,
Allah detikkan hati aku untuk meluahkan segalanya padaNya.. Allahuakbar.
Benarlah, hanya pada-Nya lah tempat sebaik-baik untuk kita mengadu.
Allah lah tempat untuk kita memperolehi ketenangan.
hanya pada Allah jugalah tempat yg sebaik-baiknya untuk kita memohon pertolongan..

Allah, semoga aku terus istiqamah, semoga aku terus berdiri dan berjalan di jalan yg diredhai-Mu ini.
Jangan diKau ambil hidayah ini setelah Engkau berikannya YA Allah..
Allah, berkatilah hidupku,berkatilah kedua ibu bapaku, adik-beradikku, guru-guruku, rakan-rakanku dan setiap ummat Islam di muka bumi ini YA Allah. dan semoga kami beroleh syafaat Baginda dengan berkat keizinanMu, Aminn..