Pesanan untuk wanita muslim.
salam semua.
hari ini nak share dengan korang sal aurat wanita.
tak semestinya ustazah je boleh bagi tazkirah kan?
tak semestinya ustazah , ustaz or para alim ulama' je boleh cakap pasal islam kan?
huhu.
erry copy from buku Aniqah bulan januari 2010 punya ~!~lama siot dah kowt.tapi erry baru baca..best jugak layan majalah nieh.kepada wanita-wanita sekalian.~ Lebih baik la korang layan majalah Aniqah daripada duk layan novel cintan cintun , majalah REMAJA n segala MANGGA2 itu..lebih baik beli mangga locker daripada duk beli majalah mangga..an?an?an?
=P
tanpa membuang masa.
meh nak share-share.
MENCUKUR BULU KENING
❤Menurut Bukhari , "Rasulullah s.a.w melaknat perempuan yang mencukur / menipiskan bulu keningnya atau meminta sesiapa menipiskan bulu keningnya.
KAKI ( tumit kaki )
❤"....Dan janganlah mereka (PEREMPUAN) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang beriman supaya kamu beruntung .
(An - Nur : 31)
Seorang perempuan menampakkan kaki serta menghayunkan atau melenggokkan badannya serta mengiurkan sesiapa sahaja memandangnya dan mengikut hentakan kaki ketika berjalan sehingga seseorang terpesona melihatnya.Perbuatan tersebut bukan sahaja silarang keras,malah berdosa.
WANGI-WANGIAN ( menggunakan minyak wangi )
❤"Sesiapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati sesuatu kaum supaya mereka itu mencium baunya , maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata yang memandangnya adalah juga berzina . (Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah Hibban)
DADA ( buah dada )
❤"...Dan hendaklah mereka menutupkan kain berudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka atau saudara-saudara perempuan mereka, atau budak-budak yang mereka miliki,atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak lagi mempunyai keinginan ( terhadap wanita ) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita...(An-Nur ; 31 ) Ayat ni mejelaskan akan tanggungjawab seseorang wanita dalam menjaga maruahnya melalui pakaian dan perhiasan apabila dikhalayak ramai.
GIGI
❤"Allah s.w.t melaknat perempuan yang mengkikir giginya atau meminta perempuan dikikirkan giginya." (Riwayat At-Thabrani) "Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi lebih cantik yang merubah ciptaan Allah s.w.t" (Riwayat Bukhari dan Muslim)
MUKA & TANGAN
❤Asma binti Abu Bakar telah menemui Rasulullah s.a.w dengan memakai pakaian nipis. Sabda Rasulullah s.a.w " WAHAI ASMA ! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid (sudah baligh) tidak boleh banginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah sahaja." (Riwayat Muslim dan Bukhari)
TANGAN
❤"Sesungguhnya,kepala yang ditusuk dengan ribuan besi itu lebih baik baginya daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis atau kaum yang tidak halal baginya" (Riwayat At-Tabrani dan Baihaqi)
MATA
❤"..Dan katakanlah kepada perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya.."(An-Nur : 31).
Sabda Nabi s.a.w "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya.. Kamu hanya boleh memandang pada pandangan pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." (Riwayat Ahmas, Abu Daud dan Tarmidzi)
MULUT (suara)
❤"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." (Al-Ahzab : 32). Sabda Rasulullah s.a.w " Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain,iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah s.w.t akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." (Riwayat Ibn Majah)
KEMALUAN (maruah/mahkota)
❤"...dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukka pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka..." (An-Nur ; 32).."Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang dikehendakinya," (Riwayat Al-Bazzar). "Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan kehinaan di hari akhirat nanti," (riwayat Ahmad,Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah)
PAKAIAN
❤"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan (pakaian umpama telanjang), maka Allah s.w.t akan memberikan pakaian di akhirat nanti." (Riwayat Ahmad Daud, An-Nasaii dan Ibn Majah)
"Sesunggunya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka itu tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Maksudnya : Wanita yang memakai pakaian yang nipis,jarang, mengikut bentuk tubuhnya dan berbelah atau tebuka sehingga menampakkan bahagian-bahagian tertentu atau auratnya.
"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali, lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah s.w.t Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".(Al-Ahzab : 59)
"wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya," (Riwayat Bukhari dan Muslim)..Q..
Maaf kepada sesiapa yang terasa..
jangan terasa je,sama-sama lah kita ubah diri kita.
erry pun pernah buat silap dan salah.
dan sekarang kita dah tau hukumnya.
sama-samalah kita ubah diri kita untuk menjadi muslimah yang lebih baik.
salam.
Followers
Saturday, January 1, 2011
Tuesday, December 28, 2010
Copy from Tengku Nizam : Dilenyek , ditumbuk ,dibakar sehingga cantik .
Firstly , thanks to Tengku Nizam cz bg kebenaran untuk aku copy entry dia..
ada ubi ada batas , ada hari gua balas..
fellow-fellow sekalian..
boleh pandang-pandang , jangan pegang-pegang..
biar malu-malu , biar segan-segan
(jangan malu-malu , jangan segan-segan..sila la follow blog dekat atas tuw)
bertambah sayang..=P
-------------------------------------------------------------
Sepasang suami-isteri dari JB hendak membeli tembikar di kedai cendermata di Perak untuk dibuat buah tangan kepada kawan-kawan. Kemudian mata mereka tertumpu kepada sebuah tembikar yang cantik. “Yang tu cantik bang” kata isterinya kepada suaminya. “Yap memang betul, yang ini yang tercantik dalam kedai ni.” ujar suaminya.
Semasa mereka membelek-belek, tiba-tiba tembikar tersebut bersuara “Terima kasih kerana memberi perhatian….
Untuk pengetahuan tuan-puan dulu saya tak cantik langsung. Sebelum menjadi tembikar yang dikagumi, aku hanyalah selonggok tanah liat yang tidak berguna.
Namun suatu hari ada seseorang yang tangannya yang kotor, melemparkan aku ke sebuah benda yang berpusing.
Kemudian dia memutar-mutarkan aku hingga aku menjadi pening. Stop ! Stop ! Aku menjerit, tetapi orang itu berkata “belum !” lalu dia mula melenyek dan menumbuk aku berulang-ulang kali. Stop! Stop ! aku menjerit lagi. Tapi orang ini masih saja menumbukku, tanpa menghiraukan teriakanku. Bahkan lebih teruk lagi dia memasukkan aku ke dalam tempat pembakaran yang panas. Panas ! Panas ! Aku menjerit semakin kuat. Stop ! Cukup ! Teriakku lagi. Tapi orang itu berkata “belum !”
Akhirnya ia mengangkat aku dari tempat yang panas itu dan membiarkan aku sampai sejuk. Aku ingatkan, selesailah penderitaanku. Tetapi rupanya belum, setelah sejuk aku diberikan kepada seorang wanita muda dan dan dia mewarnakan aku. Asapnya begitu busuk dan melemaskan. Stop ! Stop ! Aku berteriak.
Wanita itu berkata “belum !” Lalu ia memberikan aku kepada seorang pemuda dan ia memasukkan aku lagi ke tempat pembakaran yang lebih panas dari tadi! Tolong ! Hentikan penyiksaan ini ! Sambil menangis aku menjerit sekuat-kuatnya. Tapi orang ini tidak peduli dengan jeritanku. Dia terus membakarku. Setelah puas “menyiksaku” kini aku dibiarkan sejuk.
Setelah aku betul-betul sejuk, seorang wanita cantik mengangkatku dan meletakkan aku dalam almari kaca. Aku melihat diriku. Aku terkejut sekali. Aku hampir tidak percaya, kerana di hadapanku berdiri sebuah tembikar yang begitu cantik. Semua kesakitan dan penderitaanku yang lalu menjadi hilang tatkala aku melihat diri aku."
Sahabat, dalam kehidupan ini adakalanya kita seperti disuruh berlari, ada kalanya kita seperti dihimpit masalah-masalah kehidupan. Tapi sedarkah kita bahawa pengalaman-pengalaman dilenyek,ditumbuk,dibakar tadi kemungkinan merupakan cara Allah untuk membuat kita kuat. Hingga cita-cita kita tercapai.
Memang pada semasa itu amat memedih dan menyiksakan. Sakit, penuh penderitaan, dan banyak peluh dan air mata. Tetapi inilah satu-satunya cara untuk mengubah kita supaya menjadi cantik dan memancarkan kemuliaan.
“Sahabat, anggaplah sebagai suatu kebahagiaan, apabila kamu jatuh ke dalam berbagai cobaan, sebab anda tahu bahawa ujian terhadap kita menghasilkan kekuatan. Dan biarkanlah kekekuatan dan ketekunan itu menjadi semakin matang supaya anda menjadi sempurna dan kuat dan semakin sedikit kekurangan.”
Apabila kita sedang menghadapi ujian hidup, jangan putus asa, kecil hati dan sebagainya kerana akhir dari apa yang sedang anda hadapi adalah kenyataan bahawa anda lebih baik, dan makin cantik dalam kehidupan ini.

Wednesday, December 1, 2010
Wanita Melayu Zaman Sekarang
Salam 1malaysia sume..
hari ini xnk banyak ckp..
masih ada 2 entri yg tertangguh..
sO,tOday..
erry jz nak share kan 1 blog yg dicipta oleh hamba Allah juga..
blog dia bagus dan beunsurkan dakwah islam..
blog tersebut bertujuan
bg menyedarkan mana2 wanita yg still bahagia dgn duniawi ini,,
ok,
lets check it out!
(entah pape jew)
just click pada line di atas ini OK?
thx alot kawan2..
^_^
Subscribe to:
Posts (Atom)