Followers

Monday, September 19, 2011

Wartawan xde pengalaman ke Kelantan.

Salam..haa,jom kita layan surat khabar pulak ya.. Kepada orang-orang Kelantan..toksoh carow la wartawan ni op..mugo dyo bukaenyo tau gapo2 pom..nulih jah lebih..

Jom baca berita dibawah,atau klik link ini http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SeriusapabilaramairakyatKelantantidakmampubelirumah/Article




Ramai rakyat Kelantan tidak mampu beli rumah 

2011/09/15

KOTA BHARU: Kajian Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) Kelantan bahawa 400,000 rakyat Kelantan yang berpendapatan di bawah RM2,000 sebulan masih tidak mampu membeli rumah dianggap sebagai sesuatu yang serius dan perlu dilakukan sesuatu bagi menanganinya.

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh, berkata pada masa yang sama, ia membuktikan kegagalan nyata kerajaan PAS Kelantan untuk menyediakan rumah mampu milik kepada rakyat.
"Ini kajian yang semestinya tepat oleh REHDA dan tidak boleh dinafikan kerajaan Kelantan serta satu kajian yang serius.
"Ini bukti nyata bagaimana kerajaan Kelantan gagal untuk menyediakan rumah mampu milik dan keadaan ini sangat mendukacitakan kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Malam Pra Graduan Sesi Mei-Oktober 2011 Universiti Teknologi Mara cawangan Kelantan, di sini, malam tadi.

Sebelum ini, Pengerusi REHDA Kelantan, Datuk Sekarnor Che Omar dilaporkan sebagai berkata, perkara itu berlaku berikutan faktor kos pembinaan yang tinggi menyebabkan pemaju di Kelantan tidak dapat menyediakan rumah mampu milik dan hanya membina rumah berharga RM150,000 ke atas.

Sekarnor berkata, disebabkan itu rumah berkenaan tidak mampu dibeli oleh golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Mengulas lanjut, Mohd Fatmi yang juga Ketua Umno Bahagian Kota Baharu berkata, rakyat perlu menilai kembali masalah itu kerana jumlah yang dinyatakan oleh REHDA itu begitu tinggi dan sekiranya ia berterusan sudah tentu sebahagian besar rakyat Kelantan akan terus tidak mampu membeli rumah sendiri pada masa depan.
"Sebab itu kita sudah menyatakan keazaman jika Barisan Nasional kembali memerintah, masalah rumah ini akan diatasi dan kita akan dapat lihat ramai rakyat Kelantan akan mampu memiliki rumah," katanya.

Mengenai masalah lebih 100 penduduk di Kampung Lorong Minyak Gas yang diarahkan berpindah, beliau berkata, akan menemui semua penduduk itu dalam tempoh terdekat bagi mencari jalan membantu mereka.

"Saya sedih mereka akan kehilangan tempat tinggal. Kalau kerajaan Kelantan menyediakan rumah untuk semua mereka tidak apa tetapi jika tidak, ia sesuatu yang boleh kita katakan sangat tidak wajar," katanya.

Minggu lalu penduduk terbabit berhimpun untuk membantah tindakan kerajaan negeri yang mahu mengambil tanah yang terletak di tebing Sungai Kelantan bagi tujuan projek pembangunan.

Penduduk mendakwa tindakan mengambil tanah berkenaan adalah tidak tepat mengikut undang-undang selain mereka tidak diajak berbincang terlebih dahulu. - BERNAMA



No comments: